Saturday 19 March 2016

IVF .. bermula la semuanya

Assalamualaikum... kalau ikutkan lg seminggu tarikh cik P... so doc dah pesan awal2 dtg hosp utk ambik n beli ubat... sbb CD1 nnt terus kena inject dah....
Perjalanan IVF kami bmula dgn membayar bayaran pendaftaran IVF di unit hasil sebanyak RM850... (menurut doc, selepas mbayar duit ni kita layak buat 3x percubaan IVF dimana duit ubat dtanggung oleh kerajaan) .. selepas bayar duit pdaftaran, g farmasi utk ambil ubat Menopur 300iu ... Hana kena ambil 300iu sehari selama 7-9hari bermula CD2 ... (doc kata dia bg dos tinggi sbb sebelum2 ni ada masalah telur kecik, pcos kannn).. lepas ambil ubat, kami bjumpa semula dgn nurse utk ambil jarum...masa ni nurse ajar cara nak bancuh & suntik ubat .... (cara bancuh n suntik sama mcm folliculin dulu) ... selepas selesai semua, kami bgerak ke Sunfert utk beli 1 lg ubat .. ubat ni xde kat hosp bainun ipoh... so kena beli sendiri ( kalau keje kerajaan leh claim) .... nama ubat ni Suprefact .. Hana kena ambil Suprefact ni sebanyak 0.25 ml dr CD1 sampai doc suruh bhenti...  sambil2 ambil ubat di sunfert, diaorg terangkan secara ringas proses IVF nnt ....

Total cost
1. daftar IVF = RM850
2. Suprefact = rm338

Mohon pbaca semua doakan usaha kami ini bjaya ....

Gagal lagi IUI

Assalamualaikum, lama juga Hana xupdate blog... kekangan masa & tenaga.... selepas 2minggu IUI kali ke 3... period datang mjengah... & paling seduh doc liza dah pindah ke hosp swasta... tp Alhamdulillah rezekinya dpt jumpa Doc Tham utk kali pertama... doc kata confirm xpregnant, blood test pun menunjukkan LH level terlalu rendah.... so doc suruh pilih teruskan IUI ke 4 atau terus IVF.... lepas bbincang lama dengan doc, kami pilih IVF... dan berita gembiranya IVF dah xperlu ke HUKM @ HKL... Doc Tham dpt kebenaran buat d Sunfert Ipoh...... so doc bg tarikh 1 mac utk sesi kaunseling / taklimat IVF....

Semasa sesi taklimat tu ada 6 pasangan yg nak buat IVF..a da dr KL, Pahang & Penang... merata2 patient Doc Tham ... seronok sgt dengar taklimat dr doc... dr segi kos, persediaan emosi, ubat & lain2... so sekarang ni Hana menunggu cik P datang... insyaallah hujung mac ni kalau cik P datang terus mulakan ubat2 utk IVF