Saturday 23 May 2015

Metformin , Folic Acid, Clomid & TVS

Bermula Mei 2014 .... HaNa terus bjumpa seorg Gyane (klinik swasta) di Ipoh .... Doc R mcadangkan HaNa mengambil metfromin, folic acid & norcolut utk lancarkan period... Doc R juga mcadangkan HaNa utk reduce carbo intake (kena dietttttt) ....

Selepas beberapa bulan.. berat turun sedikit... tp period masih belum lancar.... siap pergi berurut lagi... so akhirnya Sept 2014 doc bg Clomid 50mg (ambil semasa hari kedua period - CD 2) ..... tujuan Clomid adalah untuk masalah kesuburan dmana boleh membantu meransang ovari mengeluarkan ovum .. di ambil dari hari ke 2 - ke 7 period..... selepas itu.. genap 12 hari (CD 12) Doc R membuat prosedur TVS pada HaNa ( Transvaginal scan ) .. tujuannya utk melihat saiz ovum .....
proses ni sekejap sahaja... xberapa sakit... kena relaks semasa doc memasukkan stick tu... tp belum rezeki HaNa... Doc R kata, ovum banyak tetapi semuanya terlalu kecil ( terus rasa sebak) ... bila HaNa tanya berapa saiz? DOc R just kata terlalu kecil susah nak ukur.... 

so proses kesuburan kali ni belum berjaya ..... lupa lak nak share kesan makan clomid... setiap org xsama... mcm HaNa... start je makan clomid, asyik pening & loya .... mood swing


No comments:

Post a Comment