Monday 6 July 2015

CD2 - Ovarian drilling (OD)

selepas IUI pertama tidak berjaya, kami suami isteri bjumpa kembali dgn Doc Jeya utk bincang apa next step yg perlu dbuat...

alhamdulillah doc jeya byk membantu menerangkan semua pro & kon ....
menurut doc, ovum bulan lepas cukup besar & amat sesuai utk tjadinya baby.. cuma belum rezeki kami & doc yakin yg ovum tu xkeluar (Hana guna opk setiap hari...mmg xpernah dpt O)

so doc bg cadangan
1.Bulan julai ni teruskan clomid 150mg kerana selepas IUI selalunya badan masih subur ( cuba bsama secara sendiri tanpa IUI)
2. Bulan ogos buat ovarian drilling (ovari dtebuk utk bantu ovum keluar)
3. Bulan sept buat 2nd IUI

masa ni Hana xdpt nak fikir lama.... tkejut gak cadangan OD tu .. mmg pernah baca kat google...so kami buat keputusan utk hold dulu... minta doc jeya buatkan surat rujukan (sekiranya kami nak pergi jumpa doc lain) & hanya minta proceed clomid sahaja.... bukan xsuka teruskan rawatan dgn doc jeya ni tp nak cuba alternatif lain....

alhamdulillah doc bg surat (thanks a lot) & clomid.... doc juga pesan jgn tlalu fikirkan psl anak... cuba jgn stress...

sekarang ni Hana nak study dulu psl OD ni... xnak runsing2... suami pun setuju.... alhamdulillah

2 comments:

  1. Salam HaNa,

    Saya 'berkenalan' dengan blog awak dari Ratuhati. Silently saya baca semua entri awak untuk menambah pengetahuan tentang isu2 kehamilan. semoga Allah rahmati usaha awak.
    saya tidak mengalami masalah seperti awak jadi bohong kalau saya kata saya paham perasaan awak. Saya ada kenalan yang PCOS, katanya bermacam kaedah juga dicuba akhirnya give-up dan berusaha cara natural saja.
    apabila dah give-up tu tiba-tiba pula Allah tentukan waktu itu la mereka mendapat khabar gembira kehadiran org baru yang lama dinanti.
    oleh sebab itu, saya sangat sarankan awak stop all the medication. cuba cara natural, kalau boleh jangan biarkan bahan kimia ubatan itu memenuhi seluruh tubuh. sebelum insist nak buat OD saya rasa baik awak take a rest first. amalkan pemakanan yang sihat dan kehidupan yang ceria tidak terlalu fikirkan mengenai anak.
    saya risau sekiranya kita terlalu bergantung pada ubatan, kita rasa ubat itu yang boleh menyembuhkan, takut kita lupa ubat itu hanya asbab.
    Saya minta maaf sekiranya awak tidak senang hati dengan komen ini tetapi saya taknak kaum2 hawa yang saya sayangi terlalu memudaratkan diri dengan ubatan.
    baru2 ini saya ada terbaca satu petua kesuburan menggunakan kacang hijau, ada seorang kenalan saya orang india mencuba kaedah ini dan berjaya hamil. mungkin boleh cuba. tengok di blog ni ---> http://mamafiyyacraft.blogspot.com/2013/06/lagi-petua-untuk-mudah-hamil.html

    Salam kenal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam..alhamdulillah..terima kasih sudi mbaca blog simple saya ni... terima kasih atas semua nasihat.. saya pun bcadang nak stop dr any treatment & medication.... cuba utk secara natural...sampai masanya saya nak berehat dahulu. Mengenai petua kacang hijau tu pernah baca... tp belum pernah cuba..insyaallah akan cuba....

      Delete