Saturday 8 August 2015

Temujanji di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh

Assalamualaikum.... lama HaNa menyepi... sbb rasanya xde apa yg nak di kongsi...tp arini nak cerita perjalanan TTC kami.... setelah kami tidak bersetuju  dengan cadangan doc untuk membuat ovarian drilling, kami cuba berjumpa doktor di hosp kerajaan. (Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh)

Alhamdulillah dapat tarikh temujanji dengan cepat . Awal pagi selepas dpt kebenaran keluar awal dr boss, kami terus ke ipoh ( perjalanan 1jam) . setelah membuat pendaftaran dengan nurse (lebih kurang 30 min) kami di maklumkan doktor Tham tiada kerana ada urusan di HUKM... masa ni mula2 rasa sedih juga sbb excited nak jumpa dia selepas beberapa org rakan pernah menjalani rawatan dgn dia. tp dah alang2 sampai ke sini, terus minta doktor pakar yang lain.. ada seorg lagi iaitu Doc Liza ... selepas hampir 3jam menunggu, tiba la giliran kami....

Disebabkan ini kali pertama datang kena la cerita semua perjalanan TTC kami pd Doc Liza... Tekun doc mendengar... selepas diberitahu mengenai Ovarian drilling, terus Doc xsetuju. Doc kata OD ni berisiko tinggi. so doc cadangkan utk HaNa teruskan mengambil ubat & kena turunkan berat badan....

Adehhh.. bab2 diet ni yg susah.. Doc kata kalau bjaya pregnant dalam keadaan obes ni bahaya..kesan pd baby... so doc kata lg 2 bulan jumpa dia, dia nak at least dah turun 5% dr berat sekarang... (jenuh ler) ... lepas bbincang.. doc buat pap smear & tvs .. Alhamdulillah rahim sihat & cantik.....

untuk makluman bulan ni tba2 je period start gelong... dah lewat 6hari.. doc bg duphaston utk turunkan period & metformin .. doc suruh dtg masa period ke 2 utk test hormon & jumpa dia pada bulan okt.... tp hana bgtau doc yg xnak ambil apa2 ubat lg... nak cuba sendiri... bila period xdtg juga seminggu dua ni br la nak ambik duphaston tu....

Kesimpulan arini ... 1st time jumpa doktor pakar hosp kerajaan.... mmg jenuh menunggu lama tp alhamdulillah Doc Liza byk membantu ... byk tips2 yg dia ajar... wpun xde rezeki dgn doc tham.. tp seronok bila doc liza layan kita bsembang & xkedekut ilmu


No comments:

Post a Comment