Friday 16 October 2015

Miss P datang & Persediaan IUI ke dua

Assalamualaikum,

Alhamdulillah 14 okt, Miss P datang tepat pada waktunya... alhamdulillah xperlu ambil ubat utk turunkan darah.... ( maybe kesan pengambilan Jus Perawan & Krim Furmon) .... so seperti yang dijanjikan hari ke 2 (CD2) perlu ke hosp ipoh. seawal pagi dah sampai ke hosp. xsampai 15min dah di panggil utk buat TVS... rasa terkejut gak, sbb masa di hosp columbia doc xnak buat TVS semasa period... tp nurse di hosp Ipoh kata perlu.. xkisah la walaupun tengah period...

Mula2 masa baring nak buat TVS tu malu la ( selamat la darah xbyk), nurse tanya "tgh period hari ke 2 kan.. xper jgn risau" ... so lepas buat TVS tu nurse suruh tungu turn jumpa doc ... tp xde rezeki arini, doc yg saya nak tu dua2 xde... lepas sejam lebih menuggu.. akhirnya nama saya dpanggil. dpt lak doc lelaki india... aduhai... malunya nak cerita

Tapi Allah permudah semuanya... Alhamdulillah doktornya baik... beriya jelaskan apa yg perlu kami buat utk IUI nanti... terus ilang rasa malu... hihihi...

Doc suruh ambil suntikan foliculin 75 iu dari D2-D10 ( 9hari) .. kemudian D8 kena dtg semula utk TVS... keputusan TVS awal pg td alhamdulillah ok.... ketebalan dinding rahim pun ok

dsebabkan ni 1st time ambil suntikan ni , nurse ajar cara nak bancuh & nak suntik.... suntikan ni mesti ambill antara 10-10.30 pagi... dan dos ni xleh kena panas.. sentiasa dsimpan dlm tempat sejuk... so pd kwn2 yg nak dtg hosp mmg kena bawak ice box bserta ais.... kami pun lepas blk hosp terus g beli bekas yg kecil sbb dok fikir nak bawak ke tempat keje tiap2 hari kan ... (bila tgk jarum ni mula la rasa risau... sakit skit bbanding jarum pen gonal dulu)

insyaallah lepas D8 baru doc decide nak buat IUI bila... doakan kami bjaya yer kali ni ... aaminn



No comments:

Post a Comment